KUCHING: Stesen solar hibrid di Long San, sebuah kawasan penempatan terletak 221 kilometer dari bandar utara Sarawak, Miri, merupakan satu lagi bukti usaha kerajaan negeri ke arah mencapai elektrifikasi penuh menjelang 2025, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata stesen itu akan memenuhi keperluan kepada tenaga boleh diperbaharui yang semakin meningkat dan mengurangkan kebergantungan kepada bahan api diesel.
Ia juga membolehkan perkhidmatan asas seperti fasiliti penjagaan kesihatan dan pendidikan di kawasan pedalaman di negeri ini seperti Long San beroperasi dengan lancar, katanya.
"Kami akan terus mengambil langkah untuk merapatkan jurang antara komuniti luar bandar dan bandar... dengan memanfaatkan inisiatif sedia ada seperti Skim Elektrifikasi Luar Bandar (RES) dan Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) untuk membekalkan tenaga elektrik murah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis merasmikan penyerahan stesen itu daripada Shanghai Electric Power Transmission and Distribution Group of China (Shanghai Electric) kepada syarikat milik kerajaan negeri, Sarawak Energy Berhad (SEB).
Pada majlis itu, Abang Johari menyaksikan Naib Presiden Shanghai Electric Yang Xing Hai menyerahkan sijil siap projek kepada Ketua Pegawai Eksekutif SEB Datuk Sharbini Suhaili.
Turut hadir Presiden Shanghai Electric Xiao Wei Hua, Konsul Jeneral China di Kuching Xing Weiping dan Pengerusi SEB Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.
Shanghai Electric menyumbang stesen solar hibrid itu yang mula dibina pada Januari 2021 dan siap pada April 2022.
Sementara itu, Abdul Hamed berkata sumbangan stesen solar hibrid bernilai RM10 juta daripada Shanghai Electric merupakan usaha perkongsian teknologi dan pemindahan kemahiran teknikal kepada Sarawak sebagai tanda muhibah.
Beliau berkata Stesen Solar Hibrid Long San adalah stesen solar hibrid pertama di Sarawak menggunakan bateri ion litium termaju dan sistem pengurusan tenaga untuk mengoptimumkan penjanaan tenaga dan mengurangkan kebergantungan kepada bahan api diesel yang mahal.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023
Abang Johari menyaksikan Naib Presiden Shanghai Electric Yang Xing Hai menyerahkan sijil siap projek kepada Ketua Pegawai Eksekutif SEB Datuk Sharbini Suhaili. - Bernama
AWANI Ringkas: Ucaptama PM di Forum Nikkei ke-29
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Susulan serangan Ulu Tiram: Polis Perak tingkatkan kawalan di 16 IPD, 107 balai polis
Polis Perak turut menambah anggota yang bertugas pada sebelah malam di setiap IPD dan balai polis sebagai langkah memperketat keselamatan.
CCTV dipercayai rakaman insiden serangan asid terhadap Faisal Halim tular
Tular satu rakaman kamera CCTV di platfrom X yang memperlihatkan insiden dipercayai serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim.
Spotify kemas kini rupa huruf dengan rekaan tersendiri
Ia dibangunkan dengan kerjasama Dinamo Typefaces yang merupakan studio reka bentuk berpangkalan di Berlin.
[TERKINI] Bekas Setiausaha politik Hamzah Zainuddin didakwa terima rasuah RM350,000
Bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis, atas dua pertuduhan menerima suapan RM350,000 berhubung tender perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti peralatan, empat tahun lalu.
Nikkei Forum: Posisi Malaysia di pentas global
Profesor di Pusat Pengajian Antarabangsa, UUM, Prof. Dr. Muhammad Fuad Othman mengulas lanjut berkenaan impak ucaptama Perdana Menteri di Forum Nikkei dari sudut geopolitik dan multilateral seiring kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia.
Representasi Papagomo gugur pertuduhan ditolak, perbicaraan bermula 11 Julai
Representasi dikemukakan Papagomo untuk menggugurkan pertuduhan menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan pro kepada Israel ditolak Jabatan Peguam Negara.
Malaysia sedia memimpin ASEAN ke arah kestabilan dan kemakmuran
Malaysia menegaskan komitmennya untuk mengukuhkan kepimpinan dan kerjasama serantau dalam menghadapi cabaran global yang semakin meningkat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perdagangan, pelaburan dan teknologi kini sering digunakan sebagai senjata dalam persaingan antara kuasa dunia, sekali gus menjejaskan negara-negara membangun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perdagangan, pelaburan dan teknologi kini sering digunakan sebagai senjata dalam persaingan antara kuasa dunia, sekali gus menjejaskan negara-negara membangun.
Arab Saudi tangguh pemberian visa umrah sebagai persediaan musim haji 1445H
Pemberian visa umrah melalui aplikasi telefon pintar "Nusuk" ditangguhkan mulai Khamis, 23 Mei (15 Zulkaedah) hingga 21 Jun (15 Zulhijjah).
Perbuatan mengkafirkan orang bawa kemusnahan dahsyat - Saifuddin
"Amalan yang membawa kepada kepercayaan 'iman kita sendiri saja yang sempurna, orang lain rosak imannya, orang lain kafir' tak boleh dibenarkan' ", kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. #AWANInews
Stesen solar Long San bukti usaha kerajaan negeri luaskan capaian tenaga elektrik
Stesen itu akan penuhi keperluan kepada tenaga boleh diperbaharui yang semakin meningkat dan mengurangkan kebergantungan kepada bahan api diesel.